10 FUNGSI FACEBOOK YANG JARANG DITEROKAI

Saban hari, facebook telah banyak mengeluarkan fungsi terbaru yang sangat power dan apa yang menyedihkan, ramai peniaga online tidak mengetahui fungsi tersebut. Memang menyesal lah kalau korang tak tau fungsi tersebut. Oleh itu, jadilah pengguna yang bijak dengan memaksimunkan penggunanaan kesemua features yang disediakan oleh pihak Facebook dengan sebaik mungkin. Benda ini percuma sahaja tau, rugi kalau kita tak ambil kisah dengan benda yang sangat berbaloi ni. lagi-lagi untuk peniaga online.

Harini kami kongsikan 10 features menarik yang jarang-jarang diterokai oleh pengguna Facebook
.

1. FACEBOOK DYNAMIC ADS

Ciri-ciri Facebook Dynamic Ads (FDA) ini mempunyai banyak persamaan ciri-ciri  Facebook, Instagram, dan Audience Network.  Dengan menggunakan Facebook Dynamic Ads, anda boleh menetapkan iklan anda secara automatik menggunakan gambar dan butiran daripada “data feed”. Fungsi ini selalu digunakan oleh jerung-jerung dalam bisnes seperti lazada, shopee, Zalora dan lain-lain lagi. Anda perasan tak, setelah anda membuka website mereka, iklan akan mereka akan menghantui kita selama 1 hari – 2 hari. Tahu tak kita juga boleh jugak meniru strategi ini menggunanakan Facebook Dynamic Ads? Oleh itu kami kongsikan langkah-langkah asas untuk menggunakan Facebook Dynamic Ads :

Langkah 1 : Buka ads manager, pilih objective catalog sales.
Langkah 2 : Pilih jenis retargeting.
Langkah 3 : Klik + dan pilih dynamic elements(name, brand, price)
Langkah 4 : Track pixel and place order
.
Sumber : PixelYourSite

2. EXTRA SECURITY

Takut akaun anda facebook anda di”hack” ? Anda tak perlu risau lagi , Facebook telah menawarkan satu fungsi yang dapat meningkatkan keselamatan  akaun anda. Fungsi ini sangat berguna untuk anda, terutamanya bagi usahawan online. Dengan menggunakan fungsi Extra Security, peluang untuk akaun anda diceroboh adalah sangat tipis. Apabila fungsi ini diaktifkan, Facebook akan menghantar notis pemberitahuan kepada pemilik akaun untuk memastikan pemilik akaun sebenar yang menggunakan platform tersebut. Jika tidak, Facebook akan terus menyekat pengguna tersebut untuk memasuki akaun anda. Pengguna tersebut perlu melepasi beberapa sekuriti yang telah ditetapkan oleh pihak Facebook. Contohnya “verify”. Pengguna tersebut perlu memilih 5 kenalan yang betul untuk log in ke akaun tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN :  JANGAN BUAT BISNES KALAU ANDA TAK BOLEH HADAP 12 PERKARA INI

3. FACEBOOK GRAPH SEARCH

Facebook Graph Search merupakan satu fungsi yang ramai penduduk Malaysia tak tahu. Fungsi ini sangat sesuai bagi mereka yang ingin mencari kawan mengikut citarasa masing-masing. Contohnya jika anda ingin mencari kawan mempunyai sama minat dengan anda, anda hanya taip di search box seperti berikut  people who like (hobi anda), maka automatik akan keluar senarai nama akaun yang mempunyai sama minat dengan anda. Nak tahu lagi kegunaan fungsi Facebook Graph Search yang mungkin anda boleh guna dalam bisnes anda? KLIK SINI 

4. FACEBOOK IMPRESSUM

Jika anda mempunyai bisnes, anda patut mencuba fungsi ini. Fungsi ini menampakkan lagi anda sebagai seorang pemilik bisnes yang professional. Detail yang anda perlukan untuk diisi di Impressum ialah :

● Nama Perniagaan atau Organisasi.
● Alamat Perniagaan atau Organisasi.
● Maklumat hubungan; nombor telefon, nombor faks, e-mel.
● Nama pemilik atau admin page.
● Pendaftaran dan nombor lesen perniagaan.
● Link ke laman web

Sumber : KLIK SINI

5. FACEBOOK MARKETPLACE

Anda menjual secara hardsell di Facebook ? Anda boleh mencuba fungsi terbaru facebook iaitu Marketplace. Marketplace merupakan satu fungsi yang dapat membolehkan  pengguna facebook untuk membuat urusan jual beli. Fungsi ini sangat berguna kepada sesiapa yang ingin memulakan bisnes. caranya sangat senang, anda  hanya upload gambar dan isi maklumat produk sahaja. kalau ada rezeki, Pembeli akan terus menghantar mesej ke inbox anda.

Nak tahu lebih lanjut : KLIK SINI 

6. FACEBOOK PAGE INFORMATION AND ADS

JIka anda ingin melalukan kajian pesaing anda, fungsi facebook page and  ads  sangat berguna kepada anda ! Melalui fungsi ini, anda boleh menjadi stalker yang berhemah tanpa perlu mencuri maklumat secara sembunyi. Hanya menekan butang info and ads, anda dapat melihat info page tersebut dan apa yang lagi menarik, anda juga dapat melihat iklan yang sedang dijalankan. Menarik kan ? tapi hanya pengguna smartphone sahaja dapat menggunakan fungsi ini. Bagi versi desktop, masih belum wujud lagi!

ARTIKEL BERKAITAN :  12 PLATFORM TINGKATKAN JUALAN

Sumber : KLIK SINI

7. FACEBOOK WATCH

7. Facebook Watch – Perkhidmatan video-on-demand yang dikendalikan oleh Facebook. Berfungsi seperti youtube ads. Walaupun masih belum ada di Malaysia, ianya memberi peluang positif kpd penggiat2 seni video utk mendapatkan insentif. Satu medium baru kpd pengiklan utk memaparkan iklan di pertengahan video mengikut durasi yg ditetapkan.

Rujukan : https://en.wikipedia.org/wiki/Facebook_Watch

8. FACEBOOK WORKPLACE

Seperti kita ketahui, ramai usahawan online menggunakan banyak aplikasi untuk berhubung dengan pekerjanya. Bermula dengan aplikasi sembang hinggalah ke aplikasi penyimpangan data. Selain itu, terdapat syarikat yang menawarkan servis semua dalam satu seperti microsoft 365. Begitu juga dengan facebook yang juga tidak ingin ketinggalan untuk menawarkan servis ini yang dipanggil workplace. Melalui workplace, anda boleh berkomunikasi  melalui kumpulan, berbual dengan rakan sepejabat dan banyak lagi ciri-ciri yang menarik. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh menonton video di bawah :

Sumber : KLIK SINI

9. LIVE CREATIVE

Anda suka buat live melalui platform facebook ? Berita baik untuk anda! mungkin anda patut cuba menggunakan satu fungsi facebook yang dinamakan facebook live creative kit. Fungsi ini akan membolehkan anda untuk menambahkan trademark, logo, tajuk dalam live termasuk intro, outro video dan effect. semestinya live anda akan kelihatan professional kan? malangnya fungsi hanya boleh digunakan untuk akaun personal profile dan personal page sahaja.

10. FACEBOOK LEGACY

Pernah tak anda terfikir, jika anda telah meninggal dunia bagaimana dengan akaun facebook anda? sebagai alternatif untuk menjawab persoalan anda, mungkin anda patut mencuba fungsi Facebook legacy. Fungsi ini bertindak sebagai wasiat kepada ahli keluarga anda setelah anda tiada suatu hari nanti. Pewaris yang dipilih, dibenarkan untuk log in akaun pengguna asal untuk menguruskan akaun tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN :  20 FREE APPS ANDROID YANG BOLEH PECUTKAN PRESTASI TEAM SALES ONLINE

Sumber : KLIK SINI

1