12 PLATFORM TINGKATKAN JUALAN

Jika bisnes anda berada dalam keadaaan yang tak berapa baik, mungkin anda lebih suka untuk fikirkan bahawa faktor ekonomi yang mempengaruhinya tapi sebenarnya salah diri sendiri. Macam mana nak maju kalau orang pun tak tahu apa yang anda jual. Bila buat bisnes kalau boleh nak satu dunia tahu kita buat apa tapi dah betul-betul yakin ke cara marketing tu boleh sampai kat semua orang? walhal Jiran sebelah rumah pun tak tahu anda buat bisnes apa. orang lain apatah lagi.

Macam mana orang nak kenal bisnes anda? Hari ni team Gegey nak kongsi dengan anda semua platform yang anda patut manfaatkan untuk bisnes anda supaya semua orang tahu yang anda sbenarnya seorang pemilik bisnes.

1. FACEBOOK

Facebook adalah media sosial terbesar di dunia dengan lebih 2 billion pengguna aktif. Sementara jumlah pengguna Facebook di Malaysia telah mencapai lebih dari 13 juta orang. Jadi sangatlah rugi bagi pengguna bisnes melepaskan peluang keemasan ini lebih-lebih lagi facebook mempunyai fungsi yang berguna untuk peniaga online. Jom usha kelebihan Facebook untuk usahawan online seperti anda !

– terdiri daripada komuniti yang lebih targeted untuk sesuatu niche bisnes

– Bermanfaat untuk pemilik bisnes berurusan secara privasi

– Untuk menempatkan produk, servis untuk bisnes anda secara percuma

2. TWITTER

Twitter adalah salah satu laman sosial yang termasuk dalam kategori Microblogging. Jika kita ibaratkan Facebook itu bermain bola sepak, maka Twitter boleh dibaratkan sebagai bermain futsal. Manakal kalau Blogging pula kita katakan membuat rumah, maka Microblogging boleh dikatakan membuat kandang ayam.

Bahasa mudahnya kita panggil Update Status. Berbeza dengan Facebook, Update Status diTwitter tidak boleh di komen secara langsung. Namun twitter mempunyai kelebihannya tersendiri. Antaranya :

  • #
    – Memudahkan pencarian pengunaan # di twitter dan mengikut trend
  • TWEET ADS 
    – Salah satu marketing channel yang berbayar di Twitter
  • STORIES THREAD
    – Untuk viralkan lagi bisnes dengan fungsi retweet

3. INSTAGRAM

Anda sediakan servis photografi dan videografi? mungkin aplikasi instagram sangat sesuai untuk servis anda! Kalau anda pandai menggunakan setiap fungsi yang Instagram sediakan, mungkin anda dah letopkan sales. abistu untuk servis phorografi dan videografi jeke? kalau produk kecantikan tak sesuai ke? jangan risau! kami yakin hampir semua  jenis busines sesuai untuk menggunakan instagram sebagai channel marketing. Bergantung kepada kebijaksanaan anda untuk menggunakannya. Berikut kami senaraikan fungsi instagram yang boleh menaikkan sales bisnes korang!

 

  • STORY
    – Setiap posting gmbar atau video akan mendapt reach lebih tinggi daripada posting biasa tpi hanya kekal dalam masa 24 jam sahaja
  • LIVE VIDEO 
    – Dapat berinteraksi dengan follower² dengan lebih dekat secara live untuk mempromosikan bisnes sekaligus dapat bina trust
  • PAID REVIEW
    – Alternatif yang meningkat reach dan brand awareness igshop dengan membayar insta famous untuk review bisnes anda
  • SWAP REVIEW
    – Membolehkan usahawan bisnes untuk saling promosikan bisnes anda tanpa sebarang bayaran
  • HASHTAG #
    – Memperluaskan pencarian di ruangan “search” pada Explore Tab di Instagram.
  • LOCATION
    – Membolehkan pemilik café, restoran, butik dan bisnes yang mempunyai premis untuk mewar² lokasi bisnes dengan menggunakan tag location
ARTIKEL BERKAITAN :  SENARAI PERBANDINGAN KADAR HARGA 6 JENIS SYARIKAT PENGHANTARAN DI MALAYSIA

4. GOOGLE

google semestinya platform yang anda wajib dalam kehidupan seharian, boleh dikatakan tanpa google tak lengkap lah kehidupan seharian kita tapi sedar tak bahawa google mempunyai fungsi-fungsi yang sangat berguna bagi peniaga online. anda boleh lihat sendiri dibawah:

  • GOOGLE MERCHANT CENTER
    – Google Merchant Center adalah alat yang membantu anda memuatnaik senarai produk anda.
  • GOOGLE+
    – Platform yang boleh memberi manfaat kepada anda terutamanya jika anda berniat menjual produk (digital ataufizikal) secara dalam talian. Anda akan mendapat ramai orang yang berpengaruh dari hampir semua industri yang menggunakan Google+
  • GOOGLE HANGOUTS
    – Hangouts on Air membolehkan anda menyiarkan siaran live produk anda kepada khalayak yang tidak terhad dan boleh disambungkan kesiaran youtube
  • BLOGGER
    – Hosted by google dan mudah untuk berada di ranking atas carian google
  • YOUTUBE
    – Trafik kedua tertinggi selepas google, majoritinya penggunanya dimonopoli oleh golongan gen XYZ
  • GOOGLE PLACE
    – Ibarat resume kepada bisnes anda, lengkap dengan detail seperti alamat, no telefon, dan website. Bisnes anda akan dipaparkan sebagai suggested list di carian google
  • GOOGLE ADWORDS
    – Iklan bisnes berbayar anda akan muncul sebagai carian yang pertama di Google

5. WHATSAPP

Whatsapp merupakan salah satu aplikasi sembang yang sangat popular di Malaysia. Whatsapp membenarkan anda untuk menghantar file, mesej, gambar dan video secara percuma citanpa mengenakan bayaran. anda hanya memerlukan koneksi internet untuk menggunakan perkhidmatan whatsapp. Semestinya Whatsapp mempunyai kehebatan tersendiri jika nak dibandingkan dengan aplikasi yang lain. Berikut merupakan kelebihan whatsapp yang mungkin anda belum ketahui:

 

WHATSAPP

  • GROUP PRIVATE
    – Boleh buat group untuk berinteraksi bersama prospek / cust dlm tu.
  • BROADCAST WHATSAPP
    – Boleh select database yang dikehendaki danboleh sent serentak chat atau retail yang ingindisampaikan (content/iklan/detail)
  • STORY
    –Buat story untuk customer lebih tertarik

BUSINESS WHATSAPP

  • SAVE DATA
    – Boleh save database customer yang sudahbeli/akanbelidantelahbelibrgkita
  • BOLEH BAGI DETAIL KEDAI/SSM
    – Boleh sertakan detail kedai dan ssm di status untuk buat customer lebih trust
  • AUTO RESPONSE
    – Reply dengan automatic kepada cust jika penjual tidak online

6. WeChat

Walaupun Whatsapp merupakan pilihan utama kebanyakkan rakyat Malaysia untuk berhubung dengan kenalan, pesaingnya WeChat bukanlah calang-calang aplikasi. Malangnya di Malaysia identity aplikasi Wechat sering dikaitkan dengan komuniti remaja bawah umur yang tidak pandai mengeja dengan betul. Namun, tahukah anda WeChat mempunyai fungsi-fungsi yang sangat berguna kepada pemilik bisnes? Berikut kami senaraikan antara kelebihan WeChat kepada pemilik bisnes :

  • MOMENT
    – Merupakan satu platform untuk mempromosikan bisnes tanpa had masa
  • LOOK AROUND
    – Memudahkan anda untuk mencari customer sekitar kawasan anda. Sesuai untuk servis, cash on delivery dan self-collect

7. TELEGRAM

Pernah tak anda  mencuba untuk menghantar PDF, Word, Excel atau eBook menggunakan WhatsApp atau Facebook Messenger? Anda pasti akan berasa kecewa kerana kedua-dua apps berkenaan tidak boleh mengendalikan fail selain daripada imej, audio dan video. Mungkin anda perlu mencuba aplikasi Telegram. Telegram membolehkan anda untuk menghantar apa sahaja jenis fail. Disebabkan kelebihan yang unik ini, hari ini, Telegram telah mempunyai lebih 50 juta pengguna aktif dan sentiasa bertambah 1 juta pengguna baru seminggu. Berikut merupakan kelebihan unik lain yang ada pada telegram yang sangat berguna pada bisnes anda :

 

  • PRIVATE GROUP
    – Boleh mewujudkan komuniti prospek yang betul² targeted
  • CHANNEL PUBLIC 
    – Boleh digunakan untuk orang luar dari contact untuk join channel
    melalui link (forum/motivation)
  • CHANNEL PRIVATE
    – Hanya orang yang dipilih dan dishare link sahaja boleh join channel ini
  • UNLIMITED VIDEO DAN GAMBAR
    – Lebih menyenangkan untuk upload video dan gambar tentang bisnes tanpa limit .
  • AUTOMATIC ADD CONTACT
    – Auto add friendlist yang ada dalam contact pengguna yang juga menggunakan telegram

8. website

Masih ramai usahawan yang belum mempunyai website tersendiri kerana mempunyai tanggapan bahawa “ facebook kan dah ada, kenapa perlu ada website?, anda mungkin dalam bahaya kerana anda perlu sedar bahawa anda sedang menyewa tapak orang lain untuk berniaga dan anda boleh disingkirkan pada bila-bila masa sahaja. Pada waktu ini, tidak dinafikan bahawa anda  masih boleh berniaga menggunakan media sosial ini, tapi adakah anda sedar bahawa anda mungkin boleh kehilangan akaun anda pada bila-bila masa sahaja. Jadi lebih baik bertindak sekarang sebelum nasi menjadi bubur. Dibawah kami senaraikan platform yang sangat  sesuai untuk mereka yang tiada asas untuk membuat website:

 

 

9. MARKETPLACE

Bila nak berniaga online sahaja, pasti Facebook dan Instagram adalah tempat menjual pertama yang akan anda fikirkan bukan? Kenapa? Sebab ianya mudah dan cepat. Tapi anda dah tahu ke kita dah ada pasar untuk berjual beli versi maya? Ya ia dinamakan marketplace. Bagi peniaga online yang dah lama berkecimpung dalam dunia bisnes mungkin tidak asing lagi istilah marketplace bagi mereka. Kewujudan sangat penting bagi usahawan online untuk meningkatkan sales mereka. Oleh itu, sebelum anda ketinggalan zaman, jom cuba salah satu marketplace yang tengah trending ini:

10. Property

Kalau smartphone, baju, produk kesihatan dan kenderaan mempunyai marketplace sebagai tempat untuk berjual beli,  Hartanah pon ada maketplacenya yang tersendiri. Berikut kami senaraikan marketplace untuk hartanah yang tengah hot di Malaysia :

 

 

 

  • mudah
    – Menyediakan portal iklaneka property dalam talian untuk kedua-dua pembeli dan penjual yang cuba memikat komuniti Internet untuk transaksi perniagaan mereka.
  • iproperty
    – Online portal property website yang mengandungi semua pemilik, pembeli dan penyewa property yang berinteraksi dalam talian.
  • propertyguru
    – Platform utk interaksi antara penyewa, pembeli dan penjual dalam talian yg di pantau oleh pemantau yg bertauliah.
  • speedrent
    – Menggalakkan urusniaga tuan tanah & penyewa secara langsung.
  • propwall
    – Online portal property website yang mengandungi semua pemilik, pembeli dan penyewa property yang berinteraksi dalam talian.
  • airbnb
    – Salah satu platform bagi pemilik premis untuk menawarkan kemudahan penginapan kepada pelancong luar dalam dalam negara
  • booking
    – Platform untuk mempromosikan lebih 3000 kemudahan penginapan untuk disewakan

11. VEHICLE

bagaimana pula dengan kenderaan ? takkanlah nak jual dalam lazada jugak? jangan risau! anda mungkin boleh mencuba marketplace di bawah khas untuk penjual kenderaan:

  • CARLIST :
    – Menghubungkan pembeli dan penjual kereta carian menerusi lokasi tempat tinggal anda untuk memudahkan pembelian dan penjualan.
  • MY MOTOR :
    – Online commerce website yang menempatkan semua pemilik, pembeli dan penyewa property yang berinteraksi dalam talian.
  • MOTORTRADER :
    – Menerusi tetapan had bajet RM20K, anda secara automatic akan dipaparkan pelbagai pilihan model kereta di bawah bajet tersebut.
  • CARBASE :
    – Platform utk interaksi antara penyewa, pembeli dan penjual dalam talian yg di pantau oleh pemantau yg bertauliah.
  • CAROUSELL :
    – Beli & jual kereta baru dan preloved dengan harga dalam lingkungan bajet anda

12. Trending

#TRENDING

Jika anda merupakan seorang ahli perniagaan pada hari ini, ada wajib memcuba website yang trending ini untuk mempromosikan bisnes anda. Sangat rugi kalau anda tak cuba platform dibawah!

 

Saya Belanja Anda Video FB Ads Bernilai RM199

Saya bagi PERCUMA untuk 1000 orang sahaja. Dapatkan Online Coaching Video Step by Step "How To Bermain FB Ads" dengan Berkesan sekarang

Tahniah! Sila Sahkan Email, Buka Folder Inbox/Spam dalam Email Anda Sekarang ya