Artikel ini ditulis oleh Tuan Ikram Al-Banjari. Usahawan Trading, Travelution, Helikopter, Tudia Char Kuey Teow & Banyak lagi.. 

 

Memulakan bisnes bukanlah kerja yang main-main. Persepsi kita terhadap berniaga berubah sepenuhnya apabila kita sendiri berada di dalam usaha itu. Bisnes bukan sekadar modal, produk, khidmat dan skill. Malah ia lebih daripada itu.

Kepada semua follower dan rakan fb baru, saya Ikram Al-Banjari, seorang ahli perniagaan sepenuh masa merangkap seorang saudagar jalanan. Kumpulan bisnes kecil kami menjalankan beberapa jenis perniagaan.

Hello bos, nice to know you. Berikut adalah 7 Poin Sulit pemasaran yang semua orang bisnes mesti tahu berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya.

 

#1 – Semuanya bermula dengan pembangunan jenama.

Branding adalah kerja yang memerlukan masa dan teknik. Ia boleh dibuat secara percuma ataupun berbayar. Dalam kata mudah, branding ialah proses membuatkan orang boleh ingat tentang kita. Branding boleh dibuat dengan menggunakan pelbagai medium antaranya lagu, logo, maskot, kenderaan, billboard dan sebagainya. Branding mesti ditonjolkan, bukan disimpan-simpan.

 

#2 – Kerja Marketing Team dan kerja Sales Team mesti seiringan.

Marketing menunjukkan arah jalan kepada Sales Team dan kepada siapa mereka harus berjumpa. Sales Team gunakan sepenuh skill yang ada untuk menjual. Bahagian ini sangat subjektif, boleh jadi orang Marketing dan Sales ini adalah orang yang sama. Boleh jadi juga, kita sebagai pendiri bisnes ini adalah kepala untuk kedua-dua pasukan penting ini.

 

#3 – Pelanggan membeli sesuatu untuk mendapat ‘rasa yang lebih baik’. Feel good.

Adakah apa yang kita tawarkan itu membantu menyelesaikan masalah mereka ? Cari nilai-nilai dan manfaat produk atau perkhidmatan kita sebaik-baiknya. Tonjolkan itu semua apabila melakukan kerja-kerja pemasaran. Bila menjual, tak usah cerita banyak lagi. Terus demo dan closing.

ARTIKEL BERKAITAN :  7 TEKNIK MUDAH CLOSE SALE PROSPEK DI WHATSAPP

 

#4 – Kepala Hotak pemasaran kita mesti berjalan cepat.

Arus fikiran orang marketing tidak sama dengan arus otak orang Sales. Orang Marketing berfikiran jauh untuk membangunkan jenama, memperkenalkan produk dan mengukuhkan bisnes dalam pasaran. Breakdown cara berfikiran ini dengan tiga soalan ini, apa, siapa dan mengapa ? Bila cari idea, jangan duduk sebelah orang buat Sales. Serabut.

 

#5 – Ingat geng, terutamanya pendiri bisnes yang mahu membina jenama di dalam pasaran,

pelanggan tidak membeli produk atau perkhidmatan kita. Tetapi mereka membeli manfaat dan lifestyle. Mereka tidak membeli kopi di Starbucks, tetapi membeli lifestyle. Mereka tidak membeli tudung berharga RM800, tetapi membeli eksklusif dan ownership. Mereka tidak membeli Panadol, tetapi membeli tahan sakit. See ? Kerja Marketing ialah fikir apakah sebenarnya yang kita tawarkan kepada pelanggan ? Fikir beb.

 

#6 – Teknologi tidak pernah menjual apa-apa.

Tetapi kerja-kerja pemasaran yang berterusan akan membantu kita menjual produk dan perkhidmatan kita. Orang bisnes yang faham dan mempunyai otak berhaluan kanan, mereka nampak teknologi ini hanya sebagai platform atau alat untuk membantu kerja-kerja pemasaran sahaja. Jenama Ramly yang kini bernilai jutaan ringgit sehari dibangunkan di kaki lima sahaja. Tanpa internet, media sosial dan sebagainya. Kerja marketing mereka ialah kerja yang lama tetapi berbaloi. “Semua orang yang menjual Burger di tepi jalan mesti guna sticker dan payung kita “. Faham ke ?

 

#7 – Akhir sekali ( untuk hari ini ),

Bagaimana keras dan hebat sekalipun idea pemasaran kita. Ia tidak berguna langsung jika kita tidak mempunyai walau seorang pelanggan. Cara fikir orang Marketing dan orang Sales mungkin berbeza untuk perlaksanaan kerja, tetapi matlamat sama sahaja. Tanpa pelanggan, we are nothing. Bab menjaga pelanggan adalah bab yang lain pula. Perihal membuatkan pelanggan terus suka kepada kita, itu benda yang lain pula. Sekarang ini fikir, siapakah pelanggan-pelanggan kita ?

ARTIKEL BERKAITAN :  LELAKI INI BERKONGSI 10 TIPS CARA LATIH TEAM PERANG + 10 TIPS GANDAKAN JUALAN

—————-

 

Bagaimana kalian boleh membantu saya supaya lebih bersemangat menulis dan berkongsi tips-tips perniagaan seperti ini ? Begini, tag kawan-kawan dan share posting ini agar terus manfaat ini disebarkan.

Terima Kasih ya kerana sudi membaca.

Ikram Al-Banjari
Saudagar Jalanan.

Saya Belanja Anda Video FB Ads Bernilai RM199

Saya bagi PERCUMA untuk 1000 orang sahaja. Dapatkan Online Coaching Video Step by Step "How To Bermain FB Ads" dengan Berkesan sekarang

Tahniah! Sila Sahkan Email, Buka Folder Inbox/Spam dalam Email Anda Sekarang ya