7 TEKNIK MUDAH CLOSE SALE PROSPEK DI WHATSAPP

Ramai yang beritahu masalah susah nak close sale, PM masuk banyak tapi krik2 jer lepas bagitahu harga, tunggu gaji masuk la, xder respons bila follow up & lain2 lagi.. Majoriti yang datang group coaching mengadu masalah yang sama

Jadi hari ni saya SHARE serba sedikit cara yang team #GegeyAcademy buat untuk closing prospek yang whatsapp. Tiada sebarang jaminan cara ini bakal gandakan sale anda TETAPI berdasarkan Client kami teknik ini paling EFEKTIF.. Insyaallah..

Sebelum tu, TANAM DALAM MINDA bahawa SATU SKRIP XBOLEH GUNA UTK SEMUA ORANG.. Anda kena prepare skrip closed sale kepada beberapa jenis supaya kita dapat tahu yang mana boleh convert.. Try adjust ikut kesesuaian produk/servis anda..

Saya ada explain Step by Step di setiap gambar

Contoh produk : Kesihatan (CellMaxx)
Situasi : Prospek nampak iklan & terus whatsapp

STEP 1 – TERIMA KASIH

7 TEKNIK MUDAH CLOSE SALE PROSPEK DI WHATSAPP
Bila mula2 prospek whatsapp/PM tanya harga, anda perlu RILEK DULU.. Jika harga produk RM80 keatas, Elakkan dari terus beritahu harga sebelum sampai STEP 3.

Contoh :
“Terima kasih kerana berminat puan (Nama).. Kak Na dri XXX sedia bantu masalah puan yerr..”

*Step ni untuk menghargai prospek kerana telah berusaha contact kita.
*Mengelakkan dari terlalu hardsell.

STEP 2 – TANYA SOALAN @ BERI PILIHAN

7 TEKNIK MUDAH CLOSE SALE PROSPEK DI WHATSAPP
Langkah ini ialah untuk mengenal pasti masalah prospek & mengawal perbualan. Supaya kita boleh memahami kehendak pelanggan.. Tanya minimum 3 soalan utama ATAU beri mereka beberapa pilihan masalah yang paling “Common”

Contoh A :
“Sebelum tu puan, Boleh Kak Na tahu puan menghidap penyakit ape? Dh brapa lama yer?”

Lepas dia jawab sambung soalan berkaitan,
“Oh, dah pernah operate ke puan? Dimana?”

ARTIKEL BERKAITAN :  LELAKI INI BERKONGSI 10 TIPS CARA LATIH TEAM PERANG + 10 TIPS GANDAKAN JUALAN

Contoh B :
“Sebelum tu puan, Boleh beritahu masalah yang puan hadapi dari senarai dibawah?

Diabetes
Strok
Gout
Patah tulang (accident)

*Sambung perbualan atau soalan ringkas

STEP 3 – RELATE & MATCHING

7 TEKNIK MUDAH CLOSE SALE PROSPEK DI WHATSAPP

Selepas prospek jawab dan cerita masalah, kita EXPLAIN kenapa masalah itu terjadi & bagi sedikit info supaya dia faham.. Buat kajian dulu supaya boleh jawab dan beri gambar Infografik. Jadi PAKAR bukan JURUJUAL!

Contoh :
“Ok baiklah saya faham puan. Biasanya masalah XXX terjadi adalah sebab XXX bercampur dgn lebihan molekul XXX dalam saluran darah maka jadi tersumbat menyebabkan kandungan gula tinggi.. ”

*Send gambar/infografik
*pastikan ringkas & menarik

STEP 4 – UVP & MANFAAT PRODUK

7 TEKNIK MUDAH CLOSE SALE PROSPEK DI WHATSAPP
UVP – Unique Value Proposition

Terangkan bagaimana KEUNIKAN NILAI produk dapat bantu masalah prospek. Sertakan juga bukti2 sokongan atau kajian2 yang SAHIH.

Contoh :
“Insyaallah puan(Nama) dengan produk YYY ni akan bantu menjana sel2 XXX bagi menghalang jangkitan kuman ZZZ agar kencing manis puan berkurang. Yerlah, xkan nak tggu sampai terjadi XXX dulu baru nak insaf kan?”

STEP 5 – BERI TESTIMONI7 TEKNIK MUDAH CLOSE SALE PROSPEK DI WHATSAPP

Bagi dia jawab dulu then Matching kan masalah yang dialami dengan Testimoni yang SAMA. Pastikan beri 2 testimoni bersama sedikit penerangan (WAJIB)

Contoh :
“Sebelum ini Puan Maria pon ada msalah yang sama dengan puan.. Alhamdulillah lepas guna XXX selama 2 minggu kesihatan dia semakin baik.. Tiada lagi masalah ZZZ.. Mesti best kan puan dapat YYY seperti org lain?”

*pastikan testimoni tu nampak ORI & Professional
*akhiri setiap penerangan dengan soalan

STEP 6 – JAWAB PERSOALAN DENGAN USP7 TEKNIK MUDAH CLOSE SALE PROSPEK DI WHATSAPP

USP – Unique Selling Point

Menurut kajian, psikologi manusia bila sampai tahap ni dia dah tahu nilai produk cuma belum yakin apakah betul keputusan dia sendiri bakal buat.. Masa ni lah kita kena YAKINKAN prospek dengan kelebihan USP produk atau servis kita..

Contoh :
“Jangan risau puan, Kak Na beri jaminan produk ni 100% dari bahan organik & lulus KKM. Untuk pengetahuan puan juga, CellMaxx baru2 ni menang award XYZ ISO 1009 di Columbia..”

*send gambar sijil KKM, Halal atau yang berkaitan (jika ada)

ARTIKEL BERKAITAN :  15 "MAGIC WORDS" TAJAMKAN SKILLS CLOSED SALE

STEP 7 – CALL TO ACTION (CTA)

7 TEKNIK MUDAH CLOSE SALE PROSPEK DI WHATSAPP

Harga diberi pada step terakhir bersama dengan kata arahan yang memujuk. Baru lah prospek xterkejut dengan harga korang sebab ATLEAST dah nampak nilai sebenar produk kita..

Contoh :
“Dari apa yang puan (Nama) ceritakan tadi, saya masalah yang puan hadapi skrg perlu dirawat segera sebelum makin teruk.. Saya cadangkan puan amik dulu 2 set sebab saya boleh bagi diskaun RMxx.. Harga asal RMxxx & diskaun ni terhad untuk 24jam sahaja yerr. Puan nak cuba 1 atau 2 dulu?”

*lepas tu boleh bagi maklumat bayaran & postage
*boleh masukkan juga free gift atau lain2 untuk closing lagi power
*jangan buat “Sense of Urgency” yang menipu yer. Jujur lah dalam urusan bisnes!

JANGAN KEDEKUT ILMU, SILA SHARE YERR..

7 TEKNIK MUDAH CLOSE SALE PROSPEK DI WHATSAPP
Saya harap perkongsian ini dapat membantu bisnes anda walaupun sedikit..

Selamat membaca & praktis terus. SHARE jugak pada yang lain biar lebih ramai tahu..Semoga bermanfaat..

P/S : Lepas ni saya nak share “The Power of Follow Up” pulaks.. Jgn lupa LIKE page Gegey Academy kalau xnak terlepas..

 

Saya Belanja Anda Video FB Ads Bernilai RM199

Saya bagi PERCUMA untuk 1000 orang sahaja. Dapatkan Online Coaching Video Step by Step "How To Bermain FB Ads" dengan Berkesan sekarang

Tahniah! Sila Sahkan Email, Buka Folder Inbox/Spam dalam Email Anda Sekarang ya