Mutiara Kata : Motivasi & Inspirasi Perniagaan oleh Mentor Usahawan Dunia Tony Robbins

Mutiara Kata : Motivasi & Inspirasi Perniagaan oleh Mentor Usahawan Dunia Tony Robbins

Antony Robbins merupakan seseorang yang dikenali di seluruh dunia dengan motivasi untuk meningkatkan keyakinan diri. Dia membesar dalam keluarga yang miskin,ayah tirinya hanya bekerja sebagai jurujual sehinggakan keluarga pernah tidak dapat menyambut perayaan krismas.

Apabila Robbins meningkat remaja, ibunya mahu dia menjadi pemandu trak kerana dia akan membuat dua kali ganda apa yang dibuat oleh bapanya, tetapi akhirnya dia memutuskan untuk mengikuti kemahuanya dan bukan hanya mengejar wang. Dia memutuskan bahawa dia mahu membantu orang yang memerlukan. Keputusannya bijak, kerana dia kini dikatakan bernilai setengah bilion dolar.

Sumber gambar : Business Insider

Beliau telah menulis beberapa buku terlaris termasuk,  Money: Master the Game dan Awaken the Giant Within (buku terbaiknya, pada pandangan saya) dan telah melatih beberapa orang yang paling berjaya di dunia termasuk Oprah, Andre Agassi, Leonardo DiCaprio dan Bill Clinton. Walaupun gaya pengajaran dan teknik mengajarnya kontroversi, dia tetap menjadi salah satu personaliti yang paling popular di dunia.

Berikut adalah sebutan Tony Robbins yang paling kuat dan inspirasi yang boleh membawa anda mengubah hidup anda.

 

Top 20 quotes paling berinspirasi oleh Tony Robbins :

Sumber gambar : Flex Your Brain

  1. “Kenal pasti masalah anda, tetapi beri kuasa dan tenaga kepada penyelesaian.”
  2. “Masa lalu anda tidak sama dengan masa depan anda.”
  3. “apa anda amalkan secara peribadi bahawa anda akan mendapat ganjaran di khalayak ramai.”
  4. “Setiap masalah adalah rahmat-tanpa masalah kita tidak akan berkembang.”
  5. “Dalam kehidupan anda memerlukan inspirasi atau kesempitan.”
  6. “Jika anda tidak boleh, anda kene lakukan. Jika anda lakukan, anda pasti boleh. “
  7. “Kejayaan adalah melakukan apa yang anda mahu lakukan, bila anda mahu, di mana anda mahu, dengan siapa anda mahu, sebanyak yang anda mahu”
  8. “Kita boleh mengubah hidup kita. Kita boleh lakukan, mempunyai, dan menjadi apa yang kita kehendaki. “
  9. “Apabila ketakutan terbesar anda hilang, banyak benda yang akan muncul.”
  10. “titik pertemuan antara persediaan dengan peluang menjana sesuatu yang kita panggil keberuntungan.”
  11. “Jika anda melakukan apa yang selalu anda lakukan, anda akan mendapat apa yang anda selalu dapat.”
  12. “Kualiti hidup anda adalah kualiti perhubungan anda.”
  13. “saat-saat anda membuat keputusan adalah penentu nasib anda.”
  14. “Keputusan sebenar diukur dengan fakta bahawa anda telah mengambil tindakan baru. Sekiranya tidak ada tindakan, anda tidak pernah memutuskan. “
  15. “Anda lihat, dalam kehidupan, banyak orang tahu apa yang harus dilakukan, tetapi hanya sedikit orang yang melakukan apa yang mereka tahu. Mengetahui tidak mencukupi! Anda mesti mengambil tindakan. “
  16. “Kebanyakan orang gagal dalam kehidupan kerana mereka mengutama perkara-perkara kecil.”
  17. “Orang yang berjaya menanyakan soalan yang lebih baik, dan sebagai hasilnya, mereka mendapat jawapan yang lebih baik.”
  18. “Satu-satunya perkara yang menghalang anda daripada mendapat apa yang anda mahukan ialah cerita yang anda ceritakan pada diri anda.”
  19. “Hanya mereka yang telah belajar erti keikhlas dan sumbangan tanpa mementingkan diri sendiri akan merasai kegembiraan yang paling dalam: pengisian sebenar.”
  20. “Saya mencabar anda untuk menjadikan hidup anda karya. Saya mencabar anda untuk menyertai barisan orang-orang yang hidup dengan apa yang mereka ajar, yang melalukan apa yang dicakap. “

Sumber gambar : Business Insider MY

Transformasi tidak hanya berlaku. Ia memerlukan pelan dan sistem sokongan. Panduan cara ini penuh dengan kebijaksanaan, tip, latihan, dan kisah kejayaan teratas untuk memberi inspirasi kepada mimpi lama atau membuat yang baru. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat Tuan/puan.

Kredit : Goal Cast
AKMAL FITRI

AKMAL FITRI

MARKETING CONSULTANT / TRAINER / ENTREPRENEUR

Merupakan CEO Gegey Academy & Consultancy Sdn. Bhd. Bermula berniaga online pada tahun 2011 dan semakin serius dalam Pemasaran Facebook Ads pada tahun 2013. Mempunyai pengalaman menguruskan kempen & konsultan pemasaran secara online untuk lebih 40 syarikat di Malaysia.

9 PERKARA PUAN S LAKUKAN UNTUK KEMPEN FESBUK ADS BELIAU YANG HASILKAN JUALAN RM53,000 PADA BULAN JUN

9 PERKARA PUAN S LAKUKAN UNTUK KEMPEN FESBUK ADS BELIAU YANG HASILKAN JUALAN RM53,000 PADA BULAN JUN

Puan S (bukan nama sebenar) ini agak pemalu orangnya. Baru sahaja memulakan perniagaan produk kosmetik jenama sendiri selama 6 bulan. Mari kita ikuti perkongsian apa yang beliau lakukan walaupun niche produk ini sangat sengit sekarang.

 

1. Bina Kepercayaan – Tidak terus menjual kepada prospek yang tidak kenal beliau. Untuk membina lagi trust beliau menggunakan nama, gambar sebenar dan perkongsian seperti tips, petua2 yang berkaitan bagi menyelesaikan masalah sasaran pelanggan secara percuma.

2. Fahami Asas Pemasaran – Kenal siapa bakal pembeli beliau dengan spesifik, apa yang mereka suka, psikologi mereka membeli, masalah utama pelanggan, dimana mereka berada & bagaimana nak tarik perhatian prospek serta cara buat mereka percaya

3. Kecilkan target market – Puan S tidak mengiklankan produk beliau kepada semua wanita kerana itu yang kebanyakkan orang biasa buat. Cara Puan S buat adalah spesifikkan sasaran pelanggan, contohnya : Wanita lepas bersalin yang nak putih & jururawat yang ingin jaga penampilan.

4. Kumpul Testimoni – yang berkualiti & asli dari pelanggan beliau. Apa yang mereka rasa, suka & hasilnya. Puan S tahu hanya dengan hasil yang terbukti berkesan beliau boleh bantu menyelesaikan masalah pelanggan.

5. Ada Tawaran Meleleh – kenapa kena beli sekarang, beliau create urgency utk prospek terus buat payment dan terasa rugi jika tidak bayar segera

6. Closed Sale & Follow Up Teratur – cara yakinkan prospek bahawa beliau ikhlas mahu bantu selesaikan masalah mereka

7. Konsisten – tidak putus asa dalam berkempen fbads, terus mencuba walaupun byk kali gagal. Tiada magik dalam FBAds.

8. Kerap berkempen – kepelbagaian iklan, update fb pages,update testimoni dan follow up untuk menunjukkan kewujudan bisnes beliau. Kajian menunjukkan pelanggan membeli selepas 11 kali tengok iklan tau

9. Rekrut Agen Dropship – Puan S menjaga kualiti dropship yang diambil dengan yuran komitmen yg rendah, sentiasa berkongsi ilmu buat jualan & menghantar top stokis belajar ilmu fbads supaya mereka boleh maju bersama HQ.

 

Anda ingin jualan seperti Puan S?

Nak meningkatkan kualiti Team Sale Bisnes anda?

Dan ingin menghasilkan FbAds yang menguntungkan dengan kos iklan yang minimum?

=====
KAMI TIDAK MENJANJIKAN BULAN DAN BINTANG !!
=====

Anda hanya perlu ikut apa yang Puan S buat. Kami akan kongsikan step by step dalam Group Coaching Formula F nanti.

 

APA HASIL MEREKA YANG TELAH HADIR?

 

Alhamdulillah dalam 6 bulan ni banyak sangat perubahan positif berlaku.. Sebelum ni harap sale dari instagram jer.. Sekarang jualan makin konsisten dan meningkat ke 6 angka di fb sahaja. Tuan Akmal banyak bantu dari segi pengurusan team, agen/stokis & strategi pemasaran di fb yg mana mimi & hasben xsempat nak handle..

Amirah Syamimi

Founder , Syahmimi Beauty

Mal pecah dah rekod. Gila ramai orang sampai barang habis. Xtahu nak cakap macam mana.. Syukur ya allah.. Xpernah lagi sale RM3k lebih sehari. Kalau boleh sy mintak kepakaran tuan Akmal untuk maintain & tambah lagi jer lepasni..hehe

Mohd Jamaludin Yaacob

Pemilik Bisnes, Char Kuey Teow Tepi Sungai

Kelas terdekat di Kelantan :

  • Tarikh : 29 & 30 Julai 2017 (Sabtu & Ahad)
  • Masa : 10 pagi – 11 malam
  • Tempat : Area Tesco Lembah Sireh, KB

 

Jika Tuan/Puan berminat boleh hubungi atau Whatsapp Tuan Harris di 010 – 222 2217

Atau boleh tekan DI SINI untuk Whatsapp terus
p/s:  Seat terhad untuk 50 orang sahaja setiap sesi kerana kami lebih mengutamakan para peserta supaya belajar secara privasi & kasih sayang tidak berbelah bagi.

AKMAL FITRI

AKMAL FITRI

MARKETING CONSULTANT / TRAINER / ENTREPRENEUR

Merupakan CEO Gegey Academy & Consultancy Sdn. Bhd. Bermula berniaga online pada tahun 2011 dan semakin serius dalam Pemasaran Facebook Ads pada tahun 2013. Mempunyai pengalaman menguruskan kempen & konsultan pemasaran secara online untuk lebih 40 syarikat di Malaysia.

SENARAI PERBANDINGAN KADAR HARGA 6 JENIS SYARIKAT PENGHANTARAN DI MALAYSIA

SENARAI PERBANDINGAN KADAR HARGA 6 JENIS SYARIKAT PENGHANTARAN DI MALAYSIA

Pada hari ini, ramai peniaga online meggunakan pelbagai perkhidmatan penghantaran untuk urusan jual beli. Disini kami sediakan senarai Perbandingan Kadar Harga 6 Jenis Syarikat Penghantaran Di Malaysia.

1. POSLAJU

SENARAI PERBANDINGAN KADAR HARGA 6 JENIS SYARIKAT PENGHANTARAN DI MALAYSIA
Poslaju mempunyai dua jenis penghantaran iaitu prabayar dan pascabayar. Parcel prabayar boleh didapati di pejabat pos dengan harga mengikut size parcel. Bagi pascabayar ia dibayar dengan harga mengikut berat barang yang ditimbang. Poslaju mengambil masa 1-3 hari bekerja.

 

SENARAI HARGA POSLAJU SEPERTI DIBAWAH :

HARGA PRABAYAR POSLAJU

HARGA PRABAYAR POSLAJU

HARGA PASCABAYAR POSLAJU

Sumber : Poslaju

2. CITYLINK

SENARAI PERBANDINGAN KADAR HARGA 6 JENIS SYARIKAT PENGHANTARAN DI MALAYSIA

Ini senarai harga penghantaran syarikat City-Link :

  • SEMENANJUNG
    – 2KG (RM8.65) + RM1/KG SETERUSNYA
  • SABAH/SARAWAK
    – 2KG (RM12) + RM10/KG SETERUSNYA
  • BRUNEI/SG
    – 2KG (RM54.40) + RM27.2/KG SETERUSNYA


*TIADA PENGHANTRAN KE KAWASAN PEDALAMAN/FELDA

Sumber : City-Link Express

3. SKYNET

SENARAI PERBANDINGAN KADAR HARGA 6 JENIS SYARIKAT PENGHANTARAN DI MALAYSIA Skynet

Ini senarai harga penghantaran syarikat Skynet :

  • SEMENANJUNG
    – 2KG (RM10) + RM3/KG SETERUSNYA
  • SABAH/SARAWAK
    – 2KG (RM20) + RM20/KG SETERUSNYA
  • BRUNEI/SG
    – 2KG (RM40) + RM40/KG SETERUSNYA
  • Penghantaran Seminggu sekali ke kawasan Pedalaman/Felda

Sumber : Skynet Express Carrier of Choice

4. AIRPAK

SENARAI PERBANDINGAN KADAR HARGA 6 JENIS SYARIKAT PENGHANTARAN DI MALAYSIA airpak

Ini senarai harga penghantaran syarikat Airpak :

  • SEMENANJUNG
    – 1KG (RM8) + RM4/KG SETERUSNYA
  • SABAH/SARAWAK
    – 1KG (RM25) + RM25/KG SETERUSNYA
  • BRUNEI/SG
    – 1KG (RM25) + RM25/KG SETERUSNYA
  • Tiada penghantaran ke kawasan Pedalaman/Felda

Sumber : Airpak Express Courier

5. KANGAROO

SENARAI PERBANDINGAN KADAR HARGA 6 JENIS SYARIKAT PENGHANTARAN DI MALAYSIA kangaroo

Ini senarai harga penghantaran syarikat Kangaroo :

  • SEMENANJUNG
    – 1KG (RM9) + RM3/KG SETERUSNYA
  • Tiada servis Penghantaran Sabah/Sarawak

Sumber : Kangaroo

6. EASYPARCEL

SENARAI PERBANDINGAN KADAR HARGA 6 JENIS SYARIKAT PENGHANTARAN DI MALAYSIA easyparcel

Easy Parcel bukanlah sebuah syarikat kurier, sebaliknya syarikat ini manage antara pengguna dengan syarikat kurier tempatan. Setiap kali pengeposan dibuat, bayaran akan ditolak directly dari baki akaun Easy Parcel. Anda tidak perlu lagi beratur panjang di pejabat pos, hanya tunggu staff datang collect barang dari rumah/pejabat anda. Menariknya anda bole memilih pelbagai syarikat kurier termasuklah poslaju,skynet,airpak dan banyak lagi. Kos penghantaran serendah RM6 untuk 1kg.

Sumber : Easy Parcel Delivery Made Easy

Jangan lupa LIKE & SHARE untuk rujukan di masa hadapan.

 

7 KARAKTER WARNA YANG MAMPU BANTU BISNES ANDA TETAPI RAMAI YANG AMBIL MUDAH.. (NO. 4 PALING MENUSUK KALBU!)

7 KARAKTER WARNA YANG MAMPU BANTU BISNES ANDA TETAPI RAMAI YANG AMBIL MUDAH.. (NO. 4 PALING MENUSUK KALBU!)

Pemilihan warna wajib tepat dan kena pada jenis produk dan target market supaya mudah dikenali dan senang dijual. Kalau warna dah betul2 kaw, audiens pon senang nk ingat dgn brand kita. So, harini Wan nak share pasal pemilihan warna dlm design bisnes. Tak kisahlah logo ke packaging ke.. yg penting warna perlu tepat!

Sila hadam and choose your right colour!

Jangan lupa SHARE jugak pada yang lain okay?

 

1. KUNING

Bersifat kreatif, kegembiraan, harapan, optimistik dan sbg warna matahari kerana spektrumnya yg cukup terang.

Warna yg memberi rangsangan kpd otak sebelah kiri mendorong kpd pemikiran kreatif. Tambahan pula, kuning merupakan warna yg sgt menarik perhatian dan mudah dilihat.

Ingat lagi tak iklan digi bersama ‘jinkuning’nya? Mudah kan kita terfokus kpd jin2 tu setiap kali bertukar tukar scene.

 

2. MERAH

Disifatkan warna yang agresif, berkuasa, bersemangat,bertenaga, berkeinginan , cinta dan juga meningkatkan nafsuuu.

Kalau korang prasan restoran2 yang femes sering guna warna merah sbg warna tema; KFC, McD Pizza Huut dll.

Merah adalah warna yg paling menarik perhatian krn mempunyai kadar gelombang yang paling panjjang.

 

3. UNGU

Bersifat kuasa, ketinggian darjat, kekayaan, kebijaksanaan, berdikari dan magis. Warna unik yg memiliki kedua dua sifat aktif dan pasif kerana ungu adalah campuran antara merah dan biru. Jika melebihi kadar merah maka warnanya akan menjadi aktif. Kalau terlebih biru jadi pasif dan sejuk.

Sgt sesuai digunakan untuk menyampaikan sesuatu yang eksklusif.

 

4. JINGGA

Warna campuran antara merah dan kuning. Brsifat semangat dan raangsangan drpd warna merah dan sifat amanah serta kegembiraan drpd warna kuning.

Selain itu, jingga juga membawa sifat keremajaan, keberanian, optimis, kreatif dan berkeyakinan. Sering digunakan dlm menyampaikan mesej yang menggembirakan dan tidak terlalu memaksa.

Contoh yang dapat kita lihat adalah dalam iklan Fanta. So sebab itulah mereka2 yang dalam iklan tu menari2 dan bergembira. Setuju?

 

5. PINK

Dikaitkan sifat feminin, kekeluargaan dan cinta. Sering digunakan sebagai tema utk produk2 kecantikan waanita kerana amat dekat dgn sifat dan jiwa waanita.

Selain itu, pink juga mewakili sifat keceriaan, keremajaan, kasih sayang, kecantikan, ketenangan dan optimis.

 

 6. BIRU

Warna ketenangan. Warna langit dan laut dimana pemandangan itu sendiri memberikan ketenangan. Satu alternatif utk menurunkan kadar denyutan jantung.

Selain itu juga membawa sifat kebijaksanaan, kepercayaan, berkeyakinan, positif dan sosialisme. Kalau korang perasan website2 sosial byk menggunakan warna biru sebagai warna tema. Terserlah ciri2 kebijaksanaan dan berkeyakinan. Sering dikaitkan dgn bidang bisnes dan pelajaran.

 
 7. HIJAU

Mempunyai tenaga yg boleh membantu orang yang str3ss, seimbangkan emos! dan juga dikaitkan dgn persekitaran alam semulajadi.

Hijau melahirkan rasa santai, menjemput p3langgan utk berehat dan meredakan tekanan dgn meminum kopi. Tahukan kopi ape? Haa., kopi duyung (stabak) yg berbelas hinggit secawan tu la.

Warna ini juga berkaitan dgn cakra jantung sehingga dipercayai membantu masalah emosional spt cinta, kepercayaan dan kasih sayang.

SERVIS DESIGNER YANG SAYA BERANI REKEMEN, GEGEY STUDIO 

Jika anda perlukan servis Design dari Pakar Design untuk Fesbuk Marketing,
Boleh Whatsapp Wan terus 014 – 822 4805 deh.
.
Nak berurusan lebih senang boleh datang ofis Wan di Kubang Kerian..
Kalau nak tengok portfolio client Wan, Boleh ke Page Gegey Studio.
7 Poin Sulit Pemasaran Yang Orang Bisnes Wajib Tahu

7 Poin Sulit Pemasaran Yang Orang Bisnes Wajib Tahu

Artikel ini ditulis oleh Tuan Ikram Al-Banjari. Usahawan Trading, Travelution, Helikopter, Tudia Char Kuey Teow & Banyak lagi.. 

 

Memulakan bisnes bukanlah kerja yang main-main. Persepsi kita terhadap berniaga berubah sepenuhnya apabila kita sendiri berada di dalam usaha itu. Bisnes bukan sekadar modal, produk, khidmat dan skill. Malah ia lebih daripada itu.

Kepada semua follower dan rakan fb baru, saya Ikram Al-Banjari, seorang ahli perniagaan sepenuh masa merangkap seorang saudagar jalanan. Kumpulan bisnes kecil kami menjalankan beberapa jenis perniagaan.

Hello bos, nice to know you. Berikut adalah 7 Poin Sulit pemasaran yang semua orang bisnes mesti tahu berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya.

 

#1 – Semuanya bermula dengan pembangunan jenama.

Branding adalah kerja yang memerlukan masa dan teknik. Ia boleh dibuat secara percuma ataupun berbayar. Dalam kata mudah, branding ialah proses membuatkan orang boleh ingat tentang kita. Branding boleh dibuat dengan menggunakan pelbagai medium antaranya lagu, logo, maskot, kenderaan, billboard dan sebagainya. Branding mesti ditonjolkan, bukan disimpan-simpan.

 

#2 – Kerja Marketing Team dan kerja Sales Team mesti seiringan.

Marketing menunjukkan arah jalan kepada Sales Team dan kepada siapa mereka harus berjumpa. Sales Team gunakan sepenuh skill yang ada untuk menjual. Bahagian ini sangat subjektif, boleh jadi orang Marketing dan Sales ini adalah orang yang sama. Boleh jadi juga, kita sebagai pendiri bisnes ini adalah kepala untuk kedua-dua pasukan penting ini.

 

#3 – Pelanggan membeli sesuatu untuk mendapat ‘rasa yang lebih baik’. Feel good.

Adakah apa yang kita tawarkan itu membantu menyelesaikan masalah mereka ? Cari nilai-nilai dan manfaat produk atau perkhidmatan kita sebaik-baiknya. Tonjolkan itu semua apabila melakukan kerja-kerja pemasaran. Bila menjual, tak usah cerita banyak lagi. Terus demo dan closing.

 

#4 – Kepala Hotak pemasaran kita mesti berjalan cepat.

Arus fikiran orang marketing tidak sama dengan arus otak orang Sales. Orang Marketing berfikiran jauh untuk membangunkan jenama, memperkenalkan produk dan mengukuhkan bisnes dalam pasaran. Breakdown cara berfikiran ini dengan tiga soalan ini, apa, siapa dan mengapa ? Bila cari idea, jangan duduk sebelah orang buat Sales. Serabut.

 

#5 – Ingat geng, terutamanya pendiri bisnes yang mahu membina jenama di dalam pasaran,

pelanggan tidak membeli produk atau perkhidmatan kita. Tetapi mereka membeli manfaat dan lifestyle. Mereka tidak membeli kopi di Starbucks, tetapi membeli lifestyle. Mereka tidak membeli tudung berharga RM800, tetapi membeli eksklusif dan ownership. Mereka tidak membeli Panadol, tetapi membeli tahan sakit. See ? Kerja Marketing ialah fikir apakah sebenarnya yang kita tawarkan kepada pelanggan ? Fikir beb.

 

#6 – Teknologi tidak pernah menjual apa-apa.

Tetapi kerja-kerja pemasaran yang berterusan akan membantu kita menjual produk dan perkhidmatan kita. Orang bisnes yang faham dan mempunyai otak berhaluan kanan, mereka nampak teknologi ini hanya sebagai platform atau alat untuk membantu kerja-kerja pemasaran sahaja. Jenama Ramly yang kini bernilai jutaan ringgit sehari dibangunkan di kaki lima sahaja. Tanpa internet, media sosial dan sebagainya. Kerja marketing mereka ialah kerja yang lama tetapi berbaloi. “Semua orang yang menjual Burger di tepi jalan mesti guna sticker dan payung kita “. Faham ke ?

 

#7 – Akhir sekali ( untuk hari ini ),

Bagaimana keras dan hebat sekalipun idea pemasaran kita. Ia tidak berguna langsung jika kita tidak mempunyai walau seorang pelanggan. Cara fikir orang Marketing dan orang Sales mungkin berbeza untuk perlaksanaan kerja, tetapi matlamat sama sahaja. Tanpa pelanggan, we are nothing. Bab menjaga pelanggan adalah bab yang lain pula. Perihal membuatkan pelanggan terus suka kepada kita, itu benda yang lain pula. Sekarang ini fikir, siapakah pelanggan-pelanggan kita ?

—————-

 

Bagaimana kalian boleh membantu saya supaya lebih bersemangat menulis dan berkongsi tips-tips perniagaan seperti ini ? Begini, tag kawan-kawan dan share posting ini agar terus manfaat ini disebarkan.

Terima Kasih ya kerana sudi membaca.

Ikram Al-Banjari
Saudagar Jalanan.