17 KESILAPAN KRITIKAL ONLINE BISNES PALING RAMAI XPERASAN

Cabaran & dugaan dalam dunia online bisnes skrg semakin hebat.. Media sosial terlalu pantas berubah.. Semakin hari semakin ramai yang cuba2 geli2 menceburi bisnes.. Maka kita akan semakin mudah terpedaya dengan janji manis bulan bintang serta percaya membuta tuli apa yg dilihat dlm alam maya ini..

Seronok tgk org lain berjaya.. Jgn lihat apa yang dicapai sahaja.. Lihat juga kesussahan & perit sbelum waktu itu.. Agar kita sedar REALITI sebenar yg mereka lalui..

Jangan tanya,
“Wow bestnyer sale juta2.. Berapa beli AUDI tu bang? Kenapa xbeli R35 jer?”

Tanyalahlah juga,
“Berapa banyak yg abg dah gagal & direject utk capai kejayaan skrg ni..?”

 

Baiklah ini adalah perkara yang perlu kita fahami betul2 dengan terperinci.

Ulasan & contoh ada pd setiap gambar..

 

1. XBUAT SURVEY @ VALIDATION

17 KESILAPAN PALING KRITIKAL BISNES ONLINE

Yer memang ramai pilih produk tanpa survey dengan betul. Sebelum decide tanya pendapat di fb personal dalu atau dalam group2 whatsapp serta telegram seperti persoalan yang berikut :

  • Ada permintaan ke tak
  • Sesuai ke tak dengan sasaran pelanggan
  • Mereka Perlu ke beli?
  • Sanggupkah mereka bayar harga tersebut
  • Apa masalah kritikal yang boleh diselesaikan?
  • Siapa pembeli yang sangat memerlukan penyelesaian
  • Siapa pesaing utama dalam industri
  • Apakah ancaman & risiko produk/servis kita ini?
  • Ke main buat produk syok sendiri jer?
  • Ke main tiru jer tengok org lain jual?

Tanya persoalan ini pada diri sendiri dahulu lepastu barulah tanya orang sekeliling atau sasaran pelanggan.

2. AUDIENS TIDAK SPESIFIK

17 KESILAPAN PALING KRITIKAL BISNES ONLINE

Kesalahan majoriti peniaga adalah merasakan produknya sesuai untuk semua orang dan boleh mengubati segala jenis penyakit. Inilah sebenarnya yang menyebabkan aktiviti pemasaran gagal & jualan tidak padan dengan kos2 lain. Cuba fikir balik, bagaimana anda nak sentuh emosi prospek dengan betul jika anda spesifikkan sasaran?

Xkira dalam paid ads atau zero-cost marketing.. WAJIB kenali target market.. Lepas kenal pecahkan target market dengan lebih spesifik..

Contoh : Ubat Kurus
Sasaran : Wanita 28-38

Contoh Spesifik target :

  • Nurse yang stress dengan kerja
  • Cikgu yang lenguh naik tangga
  • Suri rumah yang keletihan
  • Penjawat awam yang malu nak presentd depan klien
  • wanita baru lepas bersalin
  • polis yangg xboleh kejar pencuri
  • dan lain2

Faham? Betul ke ni faham?

 

3. TIDAK KENAL PRODUK SENDIRI

17 KESILAPAN PALING KRITIKAL BISNES ONLINE

Masyallah.. Ini memang KRONIK sangat.. Macam mana u nak bantu selesaikan masalah prospek kalau produk sendiri pon xkenal betul2?

Jangan macam tu okay.. Ni contoh :

  • kekuatan produk berbanding pesaing
  • kekurangan
  • peluang
  • ancaman
  • apa nilai tambah yg u bleh bg?
  • kelebihan spesifik produk utk membantu spesifik masalah prospek

 

ARTIKEL BERKAITAN :  15 "MAGIC WORDS" TAJAMKAN SKILLS CLOSED SALE

4. XHIGHLIGHT UNIQUE SELLING POINT & UNIQUE VALUE PREPOSITION

17 KESILAPAN PALING KRITIKAL BISNES ONLINE

USP : Unique Selling Point
UVP : Unique Value Preposition

Wajib tonjolkan pada prospek.. Barulah u xtakut untuk bersaing dalam market sebab u tahu u punya keunikan produk @ servis.. Beri VALUE yg beri nilai tambah.. Xsemestinya mahal..

Contoh :
Abu jual daging kambing bakar pada bulan puasa.
Abu tahu ramai pelanggan beli seawal pkul 5 petang untuk berbuka.. biasa orang bungkus dalam bekas polisterin..

Jadi abu pon tukar bungkus dgn Alumunium Foil supaya daging kekal panas masa berbuka.. dan abu tambah lagi pencungkil gigi sbb mmg org mkn daging selalu lekat digigi..

Nampak tak perbezaan bila kita ikhlas nak bantu menyelesaikan masalah orang?

Xsemestinya kena guna kos yg mahal baru org hargai.. Renung2 kan yerr..

5. BUAT PRODUK SENDIRI TANPA ILMU

17 KESILAPAN PALING KRITIKAL BISNES ONLINE

Ni pon memang sangat kritikal.. Sebelum buat produk tu carilah ilmu dulu.. Belajar buat sales & marketing.. Jual produk orang lain dulu.. Biasakan diri dengan asam garam bisnes.. Dah boleh jual barulah u boleh fikir balik nak buat produk ke tak..

Besar tanggungjawab sebagai owner produk ni.. Berhati-hati lah.. Jangan nampak yang indah sajer.. Ni realiti bukan fantasi..

Nak Untung besar?
Ok, saya rasa kalau saya kirakan kos sebenar pasti anda terkejut tengok balance profit u untuk masa 6 bulan pertama keluarkan produk.. U akan cakap,

“Ala, takkan la ni jer untung..? Cedeyh nyer titew..!”

6. XSIMPAN DATABASE

17 KESILAPAN PALING KRITIKAL BISNES ONLINE

Database adalah nadi sesebuah bisnes.. Jadi jagalah & didiklah ia dgn sebaiknya.. Jangan hanya tengok sahaja tanpa berita..

FAKTA! : 70% dari jualan “sebenar” datang dari Follow Up

7. TIADA TEAM & PARTNER

17 KESILAPAN PALING KRITIKAL BISNES ONLINE

Jangan buat semua benda sorang diri.. Anda akan KEPENATAN! Itupun kalau anda betul2 komited baru lah sanggup buat semua.. Dalam bisnes kita kena belajar transfer kepakaran kita kepada staff @ team supaya kita boleh fokus pada hal2 penting..

Xpercaya pada org lain?
Xreti nak transfer kepakaran?
Belajar ilmu HIRE team.. Gugel jer kalau nak jimat..

8. XDEVELOP STAFF & AGEN ILMU BISNES

17 KESILAPAN PALING KRITIKAL BISNES ONLINE

Jika ada agen/dropship & stokis, sila bantu & didik mereka dengan betul.. Ajar cara buat jualan, marketing & database yang paling penting..

Tanya pendapat mereka, buat kelas percuma, bagi bonus capai target & sentiasa beri motivasi dalam group..

9. SEMUA BENDA NAK JUAL

17 KESILAPAN PALING KRITIKAL BISNES ONLINE

Pada peringkat permulaan, FOKUS pada satu jenis bisnes sahaja.. Satu jenis produk lebih baik.. Bangunkan bisnes betul2 dengan konsisten..

10. TAK AUTOMASIKAN BISNES

17 KESILAPAN PALING KRITIKAL BISNES ONLINE

Sekarang dah banyak software yang dapat membantu pengurusan bisnes.. Melaburlah untuk cepatkan servis..

Contoh :
Auto PM – bantu reply komen & private message terus prospek.. dah xbuang masa reply komen yang banyak pada iklan..
Auto Chat – Boleh tolong closed sale customer yang PM di page 24 JAM
Onpay – Ministe & borang order

Jarvees – All in one. Autokomen, PM, Chat, Follow Up, Sales & Product Management dan banyak lagi.

ARTIKEL BERKAITAN :  LELAKI INI BERKONGSI 10 TIPS CARA LATIH TEAM PERANG + 10 TIPS GANDAKAN JUALAN

11. TAK BUAT CONTENT MARKETING

17 KESILAPAN PALING KRITIKAL BISNES ONLINE

KENAPA CONTENT IS KING..?

Lihat saja nama2 besar dalam bisnes mereka sentiasa beri nilai tambah kepada follower mereka.. Bukan sekadar contest yg xberkualiti..

Yang kekal dalam marketing dari dahulu sampai sekarang adalah content. Maka siapa yang mampu buat content yang berkesan dialah “King Maker”.

Channel dan kenderaan marketing berubah-ubah, daripada surat, katalog, akhbar, radio, televisyen ke internet pula, emel, blog, gugel dan terkini fesbuk.

Yang tetap sama adalah “CONTENT”

Maka pelaburan ke atas content yang berkesan adalah pelaburan paling berbaloi-baloi, kerana ia boleh digunakan berkali-kali dalam semua channel.

Content Is King, curahkan segala usaha dan daya dalam ‘King’ kita yang satu ini.

KENAPA WAJIB GUNA CONTENT MARKETING?

  1. Menguatkan branding bisnes
  2. Meningkatkan prestasi jualan agen
  3. Meningkatkan TRUST pada company
  4. Reach di page & like di post lebih tinggi
  5. Nampak anda betul2 serius dlm bisnes
  6. Viralkan fanpage anda

P/s : Design content cun giler pd harga bajet di sini

12. XCLOSED SALE & FOLLOW UP DENGAN BETUL

17 KESILAPAN PALING KRITIKAL BISNES ONLINE

Boleh rujuk post kami yang sebelum ada explain step by step..

Tekan disini “7 TEKNIK MUDAH CLOSED SALE”

13. BUAT “SENSE OF URGENCY” YG XJUJUR

17 KESILAPAN PALING KRITIKAL BISNES ONLINE

“SENSE OF URGENCY” ialah ayat Call to Action (CTA) untuk menyuruh prospek buat keputusan pembelian dengan segera tanpa perlu memaksa..

Contoh :
Offer ni terhad utk 20 unit terawal jer sis.. Skrg dh tggal 3 unit jer lagi.. Klau bank in skrg sy boleh simpankan utk sis?

Padahal stok masih beribu dlm stor.. jangan buat mcm ni yerr.. Jujurlah dalam bisnes.. Guna cara yang lebih tulus..
Boleh guna TAPI jangan menipu..

14. XJAGA AFTER-SALES SERVIS

17 KESILAPAN PALING KRITIKAL BISNES ONLINE

Lepas barang sampai pada buyer terus senyap sampai bila2.. Kalau u buat camtu mcm mana orang nak repeat sale?

Macam mana kita nak dapat profit lebih?
Ingat! sekali orang dah bayar maknanya dia dah percaya pada kita.. So jagalah hubungan & sentiasa ENGAGE dengan tips2 serta ucapan ke..

15. BISNES UNTUK NAK UNTUNG SEMATA-MATA

 

17 KESILAPAN PALING KRITIKAL BISNES ONLINE

Dalam bisnes UNTUNG belum pasti.. YANG CONFIRM IALAH RUGI.. Xkira lah produk @ servis.. Betulkan niat berniaga sebab ikut sunnah serta membantu beri manfaat pada yang lain..

ARTIKEL BERKAITAN :  7 KARAKTER WARNA YANG MAMPU BANTU BISNES ANDA TETAPI RAMAI YANG AMBIL MUDAH.. (NO. 4 PALING MENUSUK KALBU!)

Baru lah kalau bisnes jatuh u still akan bangun & terus berjuang.. Gagal ialah separuh dari Kejayaan!

16. BERMULA DENGAN MODAL YANG BESAR

17 KESILAPAN PALING KRITIKAL BISNES ONLINE

Mula dengan apa yang ada didepan mata.. Jangan buat loan atau lain2 untuk start bisnes.. Kalau duit yang sikit pon xboleh kembangkan apatah lagi duit yang banyak..

Bermula dengan modal paling minimum.. Bawah RM2k sahaja..

17. BANYAK MASA DIHABISKAN DENGAN BENDA YANG XPENTING

17 KESILAPAN PALING KRITIKAL BISNES ONLINE

Contoh :

  • Fikir design bisnes kad makan berbulan
  • Fikir logo nak kaler apa
  • Fikir nak deco opis macam mana
  • Fikir ada ke orang nak beli kalau aku jual ni?

Masa yang terluang banyakkan membaca, tengok video & cari mentor yang boleh guide dalam perniagaaan anda..

Bagaimana nak cepat faham ilmu yg begitu teknikal seperti FB Ads Marketing?

Saya berani syorkan sertailah kelas Marketing yang bersifat Praktikal & Privasi. Kenapa?

Dari feedback peserta kami. Yang Paling sy berpuas hati ialah :

  1. Bila apa yang saya share semua peserta boleh cepat fahami konsep asas yang sebenar secara terperinci
  2. Bila saya dah siap tulis copywriting setiap peserta pon sudah siap
  3. Bila saya siap setting iklan mereka pon dah launch iklan
  4. Bila ada beberapa orang yang tertinggal & kurang faham, team saya boleh bantu dan paksa sampai faham
  5. Kami juga boleh faham “masalah sebenar” mereka dan kami boleh terus bagi jalan penyelesaian on the spot.
  6. Bila ada persoalan kami boleh jawab secara personal one by one.
  7. Kami rasa puas sangat bila apa yang kami faham mereka semua faham. Alhamdulillah.

FACEBOOK MARKETING GROUP COACHING PRAKTIKAL PRIVASI

Nak faham ape yg mereka dah hadam?

Hanya 15-20 peserta setiap sesi. (Dekat luar Confirm kena harga kapak)

Tapi kami cuba Adjust kos2 kami untuk bantu anda rasai pengalaman belajar secara Eksklusif ala2 Instensif Coaching supaya harga yg mampu untuk semua golongan usahawan.

Ini bukan seminar Preview atau Upsell apa2 lagi kelas advance.

Hanya perkongsian dari kami secara telus dalam Kelas PRAKTIKAL & PRIVASI hanya di Shah Alam & Kota Bharu sahaja.

DAFTAR DISINI atau boleh Whatsapp 010 – 222 2217 (En. Haris)

Akhir kata, CARILAH ILMU DAN TERUS BUAT!

Semoga bermanfaat yerr..

 

Saya Belanja Anda Video FB Ads Bernilai RM199

Saya bagi PERCUMA untuk 1000 orang sahaja. Dapatkan Online Coaching Video Step by Step "How To Bermain FB Ads" dengan Berkesan sekarang

Tahniah! Sila Sahkan Email, Buka Folder Inbox/Spam dalam Email Anda Sekarang ya