JANGAN BUAT BISNES KALAU ANDA TAK BOLEH HADAP 12 PERKARA INI

Susah saya nak mengajar pasal bisnes lagi sebab bisnes ni bukan untuk semua orang. Tak semua orang boleh buat bisnes.

1. Bisnes ni nak kena orang yang sanggup berkorban. Berkorban tak ambil gaji, tak dapat gaji. Sedangkan staff semua bergaji, kita sorang je tak ambil sebab masa awal-awal tu company nak pakai duit banyak.

2. Bisnes ni untuk orang yang sanggup kerja setiap masa. Office hour kita kerja, balik office kita kerja. Malam kita kerja. Bangun tidur kita kerja. Sabtu Ahad pun kena kerja.

3. Buat bisnes ni kita yang paling kena hadap taik. Staf buat taik, bos kena hadap, kena tanggung, kena bayar balik. Customer marah-marah dengan staf kita, kita kena hadap customer tu selesaikan apa yang patut.

4. Bisnes kelaut, kita yang last terjun laut atau mungkin lemas. Bila bisnes problem, staf, team, diorang boleh pergi pindah kapal lain tanpa perlu tanggung hutang. Kita akan jadi orang terakhir di kapal kita sendiri. Kalau sempat terjun, ok lagi. Tapi biasanya, kita lah yang akan lemas.

5. Bila buat bisnes, kita akan jadi alien. Orang tak percaya pada visi kita, orang susah nak berkawan dengan kita sebab kita banyak buat benda pelik untuk merealisasikan impian kita.

6. Pemilik bisnes akan jadi golongan minoriti. Sebab kita akan buat keputusan yang tak popular tapi demi kebaikan bisnes kita. Nak pergi lunch sesorang, pergi mana pun lebih banyak berseorang. Kalau jenis nak pergi toilet pun berteman, tak sesuai la buat bisnes.

7. Keluarga kena betul-betul memahami walaupun susah. Sebab orang bisnes tak kerja macam orang makan gaji. Kita nampak bebas tapi tidak. Kita nampak kaya tapi tidak. Kita nampak happy tapi tidak. So keluarga akan mencemuh kalau diorang jenis tak faham. Kalau kita tak tahan, baik kita makan gaji je.

ARTIKEL BERKAITAN :  10 WEBSITE BORONG PALING MURAH DI CHINA.. (YANG NO. 2 TU BELI SEUNIT PON MURAH TAU!)

8. Bisnes ni kena minat pada bisnes. Tak perlu minat pada produk atau barang yang diniagakan. Jeff Bezos, orang bisnes terkaya didunia macam-macam bisnes dia. Dia minat bisnes, bukan minat pada semua barang yang dijual di Amazon tu. Kalau tak ada minat, kita cepat give up.

9. Daya tahan kena tinggi. Masa kita senang banyak orang kerumun. Kita lah idola. Masa susah, semua orang lupa kita. So, kalau kita buat bisnes sebab nak popular dan disanjung, lupakan je. Baik join politik.

10. Business is all about people.. AND money. A group of people who sells to other people, and make money. Kalau tak nak buat duit, just nak serve people, buat NGO atau join politik.

11. Bisnes boleh buat seorang diri untuk peringkat awal je. Lepas tu kena ada team. Kalau tak, kita sebenarnya menjual masa kita. Bukan menjual produk. Bukan buat bisnes. Kalau taknak fikir ada team dan tak nak pening handle team, jangan buat bisnes. Jadi investor.

12. Mentaliti kena long term. Orang bisnes kena fikir 5-10 tahun akan datang. Apa yang dibuat hari ni, adalah untuk 5 tahun kedepan. Kita fikir sama macam property developer. Kalau nak fikir short term, jadi agent, atau jadi trader.

Cukuplah 12 point ni je dulu. Sebenarnya ada banyak lagi. Tapi saya bagi sikit je cukup membuatkan orang yang sedang atau nak buat bisnes fikir betul-betul sama ada dia nak buat bisnes atau nak makan gaji je.

Tak salah pun nak makan gaji. Kebanyakan CEO syarikat besar sekarang ni bukan orang bisnes. Dia jadi CEO syarikat besar dan dapat gaji setengah juta keatas. kerja 9-5 je. Tapi jauh lagi kaya daripada kita yang kerja hari-hari ni.

ARTIKEL BERKAITAN :  20 FREE APPS ANDROID YANG BOLEH PECUTKAN PRESTASI TEAM SALES ONLINE

Susah nak jadi CEO? Kerja je la pangkat biasa sambil buat property dan stocks investment. Saya pernah jumpa orang yang bergaji lebih kecil daripada saya dan staf saya tapi income dia lagi banyak sebab dia melabur kat property, dan ada yang melabur kat saham.

Kita semua ada rancangan. Nak financial freedom, nak tolong mak ayah, nak kaya, nak travel keliling dunia, nak settlekan hutang, nak jadi jutawan, nak itu ini.. Semua tu destinasi. Kita pilih destinasi dan kita pilih pulak kenderaan kita.

Bisnes ni kenderaan saja. Tak semestinya kita kena buat bisnes baru kita boleh sampai ke destinasi kita tu. Saya dah train ramai orang dan saya boleh cakap ramai sebenarnya tak boleh buat bisnes berbanding orang yang boleh buat bisnes. Sebab apa? Sebab point2 yang saya dah highlight kat atas la.

Jangan kita buat sebab ikut-ikutan. Buat la sebab kita minat, ada passion. Pilihan ditangan kita.

Daripada kita buat bisnes 10 tahun yang tak ada hasil and akhirnya kita give up, lebih baik kita kerja makan gaji je 10 tahun tu pangkat naik, gaji pun naik.

P/S : Perkongsian asal artikel ditulis oleh Tuan Ammar Zahar

1