UKURAN SEBENAR SAIZ GAMBAR FACEBOOK YANG RAMAI TAK AMBIL PEDULI

Jangan salahkan setting Ads, kalau anda xkuasai penggunaan gambar dgn betul. Kebanyakkan Player FbAds hanya mengfokuskan kepada kempen iklan sahaja tanpa mengambil berat tentang pemilihan gambar, susun atur dan saiz gambar. Tahukah anda bahawa gambar memainkan peranan penting untuk Catch Attention prosperk untuk berhenti baca iklan anda, bukannya teknik setting fb ads pelik-pelik. INGAT!!! jangan main tibai je.

Post kali ini, kami kongsikan elemen asas dalam penghasilan gambar iklan iaitu ukuran dimensi yang bakal mengubah persepsi prospek terhadap iklan anda.

1. Profile picture

Untuk post biasa, Kita perlu menggunakan saiz ukuran 170px X 170px  untuk  desktop. Bagi telefon pintar(smartphone) pula digalakkan untuk menggunakan saiz ukuran 128px X128px. Untuk feature phone pula kita boleh menggunakan saiz ukuran 36px X 36px.

 

Ringkasan
  •  170px X 170px (Desktop)
  •  128px X128px (Smartphones)
  •  36px X 36px (Feature Phones)

2. Timeline cover

Bagaimana pula dengan Timeline Cover? Untuk Timeline cover pula, kita boleh menggunakan saiz ukuran 820px X 312px untuk Desktop. Untuk Telefon Pintar pula(Smartphone), anda boleh menggunakan ukuran saiz 640px X 360px. 

 

Ringkasan
  • 820px X 312px (Desktop)
  • 640px X 360px (Smartphones)

3. Facebook post

Sekiranya anda ingin memuat naik post untuk iklan(ads), kami yakin ukuran saiz ini merupakan ukuran yang paling anda tepat. Resolusi mininum untuk post adalah sekurang-kurangnye 600px X 315px tapi kami syorkan anda untuk menggunakan saiz ukuran 1080 x 1080 untuk mendapatkan keputusan yang memuaskan. Jika ukuran saiz untuk page post like ads, kami galakkan anda menggunakan saiz ukuran 1200px X 444px. Anda pasti akan berpuas hati dengan keputusannya. Oh ya, bagi saiz ukuran untuk mobile ads app, anda boleh menggunakan 1200px X 444px untuk desktop dan 560px X 293px untuk telefon pintar(Smartphone).

Ringkasan
  • 600px X 315px (minimum resolution)
  • 1080 x 1080 (recommended)
ARTIKEL BERKAITAN :  [TERBARU] : TOP 7 FESBUK UPDATE YANG PALING ANDA TIDAK BOLEH TERLEPAS..!!

Page post like ads

  • 1200px X 444px

Mobile Ads App

  • 1200px X 444px  (Desktop)
  • 560px X 293px (Smartphone)

 

4. Carousel

Tidak lupa juga untuk Carousel yang mana merupakan salah satu fungsi yang sering digunakan oleh peniaga online. Untuk Carousel, anda boleh lah tetapkan ukuran saiz 600px X 600px. Tapi ingat! anda juga harus berhati-hati dengan saiz maksimun fail untuk carousel.  Bagi video, ada boleh menggunakan format 4g dan pangjangya dihadkan kepada 240 minit sahaja. Manakala bagi gambar pula, anda boleh menghadkan saiznya kepada 30mb. 

Ringkasan

Carousel

  • 600px X 600px.

Max File Size

  • Video (4g)
  • Image (30mb)
  • Length (240 minute)

5. Instagram

Teringin buat iklan(ads) di Instagram? anda harus cakna dengan saiz ukuran ini. Untuk gambar vertical, kami syorkan anda menggunakan Vertical : 1080px width X 1350px height. Bagi horizontal pula, anda digalakkan menggunakan saiz ukuran 1080px width X 566px height. untuk square pula, anda boleh menggunakan saiz ukuran  Square : 1080px width X 1080px height.

Ringkasan
  • Vertical : 1080px width X 1350px height
  • Horizontal : 1080px width X 566px height
  • Square : 1080px width X 1080px height

 

Sumber : dreamgrow.com & dustn.tv

1